sweet owner ![]() hello peeps ! welcome to superb blog, I'm the owner this blog ;) I don't know how to describe anything about :D Bigfoots! Credits!
| Persahabatan ! :')
KECINTAAN
Ikatan persahabatan mudah rapuh apabila tiada
kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu
sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kepada
sahabat. Supaya mereka tahu betapa cintanya kita pada mereka kerana
Allah.
KASIH SAYANG
Lebih kurang sama sahaja
maksudnya dengan kecintaan. Namun, apabila mencintai sahabat, kita perlu curahkan
segala kasih sayang kepada mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu
dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan sahabat-sahabat kita,
itu sudah cukup membuktikan kita sayang mereka.
KEIKHLASAN
Dapat menjamin sesebuah persahabatan
mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat
dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah
dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat
ataupun harta yang dimilikinya.
KESETIAAN
Kepada seseorang sahabat mampu
memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia,
kita diingati oleh mereka hingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah
ataupun senang, kita sedia berada di sisinya memberi sokongan.
KEBERANIAN
Dalam berkata benar. Dalam
persahabatan juga, kita mesti berani apabila mahu mengatakan sesuatu.
Lebih-lebih lagi apabila kita melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita
perlu berani mengaku kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam
menasihati sahabat kita kerana sebagai sahabat kita mahukan yang terbaik untuk
mereka, bukan?
KEJUJURAN
Juga perlu dalam persahabatan. Jangan
sesekali menipu ataupun menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat
kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan
berahsia, melainkan perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
KEMAAFAN
Apabila sahabat kita pernah melakukan
sebarang kesilapan, bersedialah memaafkannya. Tidak kira sebesar mana pun
kesalahan mereka pada kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang
bersedia memaafkan sahabatnya. Sekiranya kita yang bersalah, janganlah malu
meminta maaf kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
KESEDIHAN
Apabila kita sedar sahabat kita
sedang bersedih, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu
kita bagi dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan
mereka cari selain kita sahabat mereka.
KEGEMBIRAAN
Begitu juga dengan kegembiraan.
Sekiranya kita gembira, mari berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat
tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita
melihat ukiran-ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita,
kegembiraan mereka jua.
KESERASIAN
Disini bukanlah bermaksud,
"Awak cantik, saya mesti cantik," "Awak kaya, saya pun perlu
kaya." Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah
berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya
persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita
dengan sahabat menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan
salah faham.
dapat kawan macam Patrick sangatlah best sebab disaat kita sedang marah dia,
dia buat tak tahu. bila kita sedih dia buat lawak dan bila kita happy
dia lagi happy :'D
|